55 Mahasiswa Terima Bantuan Awal Pengajian

POKOK SENA – Seramai 55 permohonan Bantuan Awal Pengajian Tinggi (iBAKIPT) DUN Bukit Lada diluluskan.

Bantuan ini disampaikan oleh ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada, baru-baru ini.

YB Salim berkata, sumbangan ini diberikan kepada mahasiswa yang berjaya menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta.

Beliau turut menasihati para mahasiswa untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan pulang berbakti kepada negeri.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber petikan daripada Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA)

Leave A Reply