Kepesatan Pelaburan Beri Sinar Baru Buat Anak Muda Kedah

SUNGAI PETANI – Kemasukan pelabur ke Kedah memberi sinar baru buat anak-anak Kedah terutamanya anak muda. “Kita memerlukan sekurang-kurangnya 150 ribu tenaga kerja untuk diisi oleh anak-anak Kedah,” ujar Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika merasmikan Kedah Motor Fest di dataran Aman Jaya Mall di sini hari ini. Jelas beliau, kerajaan meluluskan 2000 ekar tanah di Gurun untuk dibuka sebagai satu perindustrian baharu.Anak muda Kedah tidak perlu lagi merantau jauh katanya kerana peluang pekerjaan terbuka luas.Muhammad Sanusi teruja dengan kehadiran anak muda sekitar jam 2 petang yang mencatatkan lebih 16 ribu dalam Kedah Motor Fest .

Terdahulu Pengarah Program Kedah Motor Fest, Nurul Amin Hamid berkata lebih 50 ribu pengunjung yang hadir selama tiga hari karnival itu berlangsung. Katanya, Karnival Sejahtera Prihatin Negara adalah manifestasi keprihatinan kerajaan Malaysia dan Kedah dengan menampilkan pelbagai agensi yang menyediakan peluang kepada rakyat khususnya anak muda.

Tambah Nurul Amin lagi, matlamat besar program itu adalah untuk menghimpunkan dan menyatupadukan anak muda serta peminat permotoran.”Dalam kalangan peminat motosikal ada kumpulan mereka tersendiri, contohnya peminat Ysuku, RXZ, RS, vespa dan lain-lain lagi.”Menerusi program ini kita turut menyelitkan agenda dakwah untuk anak muda serta perkongsian daripada pimpinan anak muda mengenai belia mahir dan keperluan belia masa kini,” katanya.

Menteri Besar turut memberi jaminan program seumpama itu akan diadakan secara berkala bagi memastikan anak muda Kedah terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Sumber petikan daripada UPDA

Leave A Reply