MENGENAI KAMI

Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) atau Perbadanan Menteri Besar Kedah diasaskan melalui Enakmen Warta Kerajaan Negeri Kedah, yang diwartakan pada 22 Ogos 1988.

Sebagai sebuah badan rasmi yang dibentuk di bawah Enakmen Perbadanan Menteri Besar Kedah, MBI Kedah ditugaskan untuk memacu perubahan progresif dalam sektor teras dan sektor sampingan negeri, menambah pendapatan negeri melalui projek berimpak tinggi, menggalakkan usahasama pembangunan kawasan – kawasan strategik, dan memastikan pertumbuhan yang mampan serta membantu pembangunan negeri Kedah Darul Aman.

MBI Kedah juga berfungsi sebagai cabang pelaburan negeri Kedah di Malaysia. Secara keseluruhannya, dalam sektor ekonomi, penglibatan MBI Kedah memberi kesan kepada setiap peringkat proses pelaburan, antaranya MBI mempengaruhi keupayaan ekonomi dengan menggerakkan, memperuntukkan dan memantau setiap penggunaan sumber-sumber agar lebih produktif.

Kami yakin dengan menjaga kepentingan strategik Kerajaan Negeri Kedah akan dapat menyumbang kepada kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat di negeri Kedah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh memuat turun:
Profil Syarikat

WordPress Theme built by Shufflehound. 2019 © MBI KEDAH
error:
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay