CSR

Selain melaksanakan program pembangunan sosio-ekonomi di Kedah, MBI Kedah juga secara aktif melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang melibatkan beberapa segmen masyarakat mengikut keperluan dan situasi yang tertentu.

Tanggungjawab Kemasyarakatan

Pekerja kami adalah teras utama yang difokuskan untuk membentuk watak, sikap, dan pemikiran mereka terhadap keluarga dan majikan mereka, masyarakat serta alam sekitar. Tanpa adanya program sebegini, matlamat dan objektif tersebut akan terbantut.
Kami menyokong sepenuhnya usaha tersebut dengan mengukuhkan keperibadian pekerja kami dengan menanam dan memperkuatkan mereka dengan nilai – nilai kepimpinan, kemahiran interpersonal dan strategi pengurusan supaya mereka dapat berkembang maju dalam kerjaya dan berkeyakinan dalam menguruskan projek – projek dibawah MBI Kedah.

Tanggungjawab Sivik

MBI Kedah percaya dengan melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat untuk memahami kehendak dan hasrat mereka, membolehkan kami memperbaiki kehidupan harian mereka supaya mereka dapat bersama – sama menikmati kemakmuran negeri mahupun negara. Sejak awal penubuhan MBI Kedah, program pra-terancang atau ad hoc civic-centric telah dianjurkan di Negeri Kedah untuk memberi faedah kepada pihak sasaran berkepentingan, para pelajar, NGO dan masyarakat terutama yang berumur dan kurang bernasib baik.
MBI akan terus memastikan bahawa semua keperluan sivik masyarakat dipantau serta dibekalkan secara adil dan bertanggungjawab dengan cara yang lebih responsif selari dengan matlamat Kedah untuk berkongsi kekayaan negeri dengan semua lapisan masyarakat.

Persekitaran

MBI Kedah telah menetapkan sasaran untuk membantu memerangi perubahan iklim dan mengurangkan kesan kepada alam sekitar. MBI Kedah secara aktif mempromosikan aktiviti pemuliharaan alam sekitar dengan menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang lebih berkesan dan efisien dan mengurangkan pembuangan sisa serta meningkatkan nisbah kitar semula. Beberapa inisiatif telah diambil termasuk:

  • Bergerak ke arah mempromosikan pendidikan untuk pekerja kami tentang pemuliharaan tenaga;
  • Bekerja ke arah pemuliharaan air sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menggunakan sumber air dengan berkesan;
  • Kertas kitar semula, supaya sisa-sisa kami dapat diproses dan menggunakan semula sisa buangan: karton, kertas cetak, kertas dan majalah yang tidak digunakan;
  • Menggunakan aplikasi dalam talian untuk berkomunikasi dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan kertas.
  • Menggalakkan pelaburan yang berkaitan dengan pembuatan, pemasangan atau penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui
WordPress Theme built by Shufflehound. 2019 © MBI KEDAH
error:
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay