Pesanan KPE

Selamat datang ke Kedah

Sebagai seorang anak kelahiran negeri Kedah, saya amat bangga menjadi seorang yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengetuai salah satu organisasi terpenting yang merangkumi semua agenda pentadbiran dan politik Pejabat Menteri Besar Kedah. Bersama – sama MBI Kedah, saya lebih bersemangat untuk berkongsi dengan anda mengenai bidang – bidang ekonomi baru yang sedang membangun di negeri Kedah. Dengan ikhlas, saya menjemput anda ahli perniagaan dan para pelabur untuk melebarkan sayap perniagaan dan pelaburan anda di sini dengan melihat kepada bidang – bidang ekonomi baru dan peluang – peluang yang ditawarkan. Sila hubungi kami, untuk sebarang cadangan dan peluang pelaburan yang mungkin boleh dijalankan di negeri Kedah. Kumpulan syarikat kami juga mempunyai kemahiran dalam pelbagai sektor termasuk pembangunan hartanah, pertanian, telekomunikasi, perladangan, sumber mineral, modal insan dan pelaburan. Kami yakin terhadap khidmat nasihat yang kami berikan akan memberikan manfaat kepada anda. Disamping membuka peluang perniagaan dan pelaburan di Negeri Kedah, kami amat komited untuk menjadi peneraju perubahan untuk meningkatkan ekonomi dan kemampuan Negeri Kedah ke tahap yang lebih tinggi dengan mengeksport jenama ‘Kedah’ ke seluruh dunia. Sekarang, berbanding sebelumnya, kami amat berbangga dengan adanya aset – aset kami yang berharga, infrastruktur kelas pertama, masyarakat yang mempunyai modal insan, wujudnya institusi pengajian tinggi yang fleksibel yang boleh ditawarkan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan mereka secepat mungkin.

Dr Mahadi Mohamad

Ketua Pegawai Eksekutif
Menteri Besar Kedah Incorporated
WordPress Theme built by Shufflehound. 2019 © MBI KEDAH
error:
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay