Perlombongan

Deposit mineral merupakan antara asset semula jadi yang terdapat di beberapa lokasi di seluruh Negeri Kedah. Walaupun deposit – deposit ini dilombong pada skala yang kecil dan sederhana, potensi untuk membawanya ke peringkat seterusnya adalah sangat besar.

Dengan wujudnya aset – aset tersebut, MBI Kedah boleh menjadi rakan kongsi terbaik anda dalam industri ini yang didokongi oleh pandangan dan strategi yang mantap, dan disamping anda dapat bersama – sama menyumbang kepada pelaburan, kepakaran dan berkongsi pengalaman anda untuk dimanfaatkan bagi mewujudkan potensi serta mengaut keuntungan dari aset mineral ini.

Kami berusaha untuk mengenalpasti syarikat – syarikat yang secara aktif terlibat dalam pelbagai perkhidmatan yang terdiri daripada khidmat penerokaan, rekabentuk dan kejuruteraan, pengeluaran, aplikasi industri serta khidmat decommissioning and closure..

WordPress Theme built by Shufflehound. 2019 © MBI KEDAH
error:
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay