Visi, Misi & Nilai

Visi

Mencapai kemakmuran ekonomi yang mampan yang dikongsi oleh semua rakyat Negeri Kedah.

Misi

Melaksanakan projek - projek ekonomi yang memberikan faedah maksimum bagi Negeri Kedah.

Nilai Asas

  • Pengawasan
    Pemerkasaan merupakan tanggungjawab yang berat untuk dipenuhi dalam melaksanakan misi korporat kami dan oleh itu, kami amat komited untuk memimpin dari peringkat permulaan sehingga kami mencapai segala perancangan yang telah kami lakukan.
  •  Integriti
    Mempraktikkan nilai profesionalisme, kejujuran dan keadilan yang tinggi untuk menjaga kepentingan rakan korporat kami, dan sentiasa mempamerkan sikap menepati masa, memberi perhatian kepada butiran dan memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik.
  • Nilai Pelanggan - Penciptaan
    Pelanggan atau pihak berkepentingan adalah asas kepada kewujudan kami dan oleh itu, kami berjanji akan bekerja keras untuk sentiasa memberikan nilai – nilai dan faedah yang terbaik kepada mereka agar kami dapat mengekalkan kepentingan organisasi dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kami.
  • Menghormati kepada Individu
    Kami berjanji untuk memperlaku dan menghormati setiap manusia sebagai individu yang unik dengan bakat, ciri – ciri dan keistimewaan yang berbeza dengan keperluan, kehendak dan aspirasi yang tersendiri.
  • Emphati
    Kami sedar bahawa terdapat individu yang tidak bernasib baik, berada dalam keadaan yang tidak sesuai, dan mengalami peristiwa – peristiwa yang tidak diingini. Oleh itu, tanggungjawab utama MBI Kedah adalah untuk sentiasa bersedia bagi membantu mereka yang tidak bernasib baik.
WordPress Theme built by Shufflehound. 2019 © MBI KEDAH
error:
ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay