Sultan Kedah Bercemar Duli Hadir Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022.

ALOR SETAR – Sultan Negeri Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bercemar duli ke Istiadat Perbarisan dan Meletak Kalungan Bunga sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah disambut oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Dr. Robert Ling Kui Ee yang mewakili Menteri Besar Kedah, Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah, Panglima Wilayah Laut 3 dan dif-dif kenamaan yang lain.Hadir sama Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim dan Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin.

Dalam pada itu, Baginda turut perkenan menerima Sembah Hormat Diraja dan mencemar duli memeriksa perbarisan dan kemudiannya mencemar duli bagi meneruskan upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan bersempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Kedah. Sebelum keberangkatan pulang, Baginda sekali lagi perkenan menerima Sembah Hormat Diraja dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Sumber petikan daripada Warta Kedah

Leave A Reply