Kerjasama Pelbagai Pihak Pemangkin Hala Tuju Pelajar

SUNGAI PETANI – Kerjasama daripada pelbagai pihak dalam membentuk para pelajar amat penting bagi memperkasa pendidikan negara, ujar ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.Katanya, pembentukan ini wajar dilakukan menerusi program motivasi pelajar dan aktiviti kemahiran bagi menambahkan teknik-teknik yang tidak dapat di dalam kelas.“

Dengan penglibatan semua pihak dapat melahirkan kemenjadian murid dan pelajar sebagai sumber tenaga manusia yang berpenampilan baik, jati diri yang tinggi dan mempunyai hala tuju yang jelas tentang kehidupan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Program Motivasi Pendidikan Inklusif,Jom Tarannum Jom Tadabbur Dan Young Pramusaji di Dewan Sarjana Sekolah Kebangsaan Bakar Arang, hari ini.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program sebegini yang menjadi pemangkin kepada para pelajar dalam mempelbagaikan kemahiran yang sedia ada.”Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Sumber petikan daripada Urusetia Penerangan Darul Aman