Rumah Mangsa Banjir Baling Bakal Siap Disember Ini

ALOR SETAR- Sebanyak 12 buah rumah mangsa banjir puing Baling yang musnah keseluruhan dijangka siap dibina pada Disember 2022 di KEDA Kampung Sadek. Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Kementerian Pembangunan Luar Bandar turut membina lapan buah rumah di Kampung Sadek yang jangka siap pada Disember 2022.

“17 buah rumah lagi akan dibina untuk penduduk Kampong Iboi yang berada di dalam zon kuning oleh Kerajaan Pusat di Kampung Seniyek, Kupang,” ujar Sanusi dalam sidang media selepas Mesyuarat EXCO Negeri Kedah, di sini hari ini.Terdahulu Muhammad Sanusi pernah berkata jumlah peruntukan dianggarkan sekitar RM75 ribu bagi sebuah rumah dengan kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Banjir Baling di Keda Kampung Sadek pada 3 Ogos 2022 lalu.

Sumber petikan daripada UPDA

Leave A Reply