COVID 19 – MB Kedah negatif

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disahkan negatif COVID-19.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang juga mengesahkan semua 55 individu lain yang turut disaring semalam juga negatif.

Pejabat Menteri Besar berkata, ini termasuk ujian ke atas tiga EXCO iaitu Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Datuk Mohd Najmi Ahmad dan Romani Wan Salim yang juga nagatif.

“Turut menjalani ujian ialah pegawai Pejabat Menteri Besar dan beberapa pimpinan PAS Kedah yang menghadiri program penyerahan sumbangan PAS Kedah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kota Setar di Wisma Darul Aman, Isnin lalu.

“Sebagai langkah penjagaan diri, Dr Mohd Fikri mengingatkan semua individu termasuk yang tinggal di luar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutama memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang jurugambar Jabatan Penerangan Kedah yang menghadiri program Isnin lalu, disahkan positif COVID-19.

Sumber petikan daripada Berita Harian

Leave A Reply